Monday, 7 May 2012

buat renungan...


renungan~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit.
Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan
aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku?
Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?
Aku tergamam seketika.
Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku;
aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku,
tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta,
adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?
Bagaimana mungkin bagiku
untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...
ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini,
dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab,
Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.
Dia bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan pekak,
adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu
tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.
Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu.
Dia menyambung lagi persoalanNya,
Jika kamu ditakdirkan bisu
adakah kamu akan terus memujiKu?
Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara?
Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita;
tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab,
Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu,
aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus betanya lagi,
Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?
dengan nada yang tegas dan penuh keberanian.
Aku jawab dengan yakin,
Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu
kerana Engkaulah satu- satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus
untuk menjawab soalanNya tadi,
tetapi Dia terus bertanyakan lagi,
Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?
Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai;
aku tidak sempurna...aku bukan maksum.
Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...
kamu lupakanKu;
kamu lari jauh daripadaKu?
Dan kenapa ketika kamu susah
dan mahukan bantuan...
kamu terus ingat kepada Aku;
kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?
Aku tidak mampu berkata-kata.
Yang kusedari...
titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi,
Mengapa kamu buat begini...
kadang-kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu;
tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu
hanya ketika kamu nengingatiKu?
Mengapa kamu meminta kepadaKu
sedangkan kamu tidak setia kepadaKu?
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain
edang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan
ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan
bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu.
Otakku ligat mencari jawapan...
atau alasan...
namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...
Kamu diberikan sebuah kehidupan.
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu,
tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu.
Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini,
tetapi kamu tidak mahu mempelajari
atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu,
tetapi kamu berpaling daripada melihatnya.
Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu,
tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu...
dan semuanya telah Aku perkenankan
dengan pelbagai cara.
SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu?
Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?
Dalam tak sedar, aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama ini.
Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku.
Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu?
Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku,
aku merintih,
Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab,
Sifatku pengampun...
barangsiapa yang memohon keampunan dariKu,
nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.
Aku bertanya kepadaNya,
Mengapa Engkau tetap mengampunkanku
sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali
dan memohon ampun berulangkali?
Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?
Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu.
Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.
Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu
dan mendengar segala rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian,
Aku akan memberikanmu semangat.
Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini.
Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras;
tidak mampu menangis
menyesali segala dosaku selama ini.
Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini...
aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

bila sifat malu tidak berfungsi


Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.


Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Saturday, 5 May 2012

3 benda bermakna

Di sebalik 3 Benda Bermakna ^^

Bismillah.

“Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?” Tanya si ayah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

“Tentu saja, wahai ayahku,” jawab Fatimah lembut.

“Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu.”

Gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi’ah sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi’ah bersama puteranya Hasan yang masih kecil itu.

Begitu gembira sekali Muthi’ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi yang disanjunginya itu. “Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku.

Suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini.”

“Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak.” kata Fatimah sambil tersenyum.

“Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah.”

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi’ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi’ah.

“Aku jadi berdebar-debar,” Sambut Siti Muthi’ah. “Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?”

“Memang benarlah Muthi’ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi’ah.”

Siti Muthi’ah gembira mendengar kata-kata Fatimah. Namun, Siti Muthi’ah masih ragu. “Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri.”

“Aku tidak berbohong wahai Muthi’ah, ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya.”

Siti Muthi’ah terdiam, hening seketika.

Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu. “Buat apa ke tiga benda itu Muthi’ah?” Tanya Fatimah.

Siti Muthi’ah tersenyum malu. Namun setelah didesak, beliau pun bercerita. “Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya.

Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut kepulangannya. Ku buka bajunya, ku lapkan tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena.”

“Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi’ah. Lalu untuk apa pula rotan ini?” soal Fatimah lagi.

Jawab Siti Muthi’ah. “Kemudian, aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, Oh kekanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak ku ulangi.”

“Seringlah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi’ah?” tanya Fatimah berdebar-debar.

“Tidak pernah, Fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang ditarik dan dipeluknya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari,” jawabya lembut.

“Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi’ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik,” kata Fatimah yang amat kagum dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu. terdapat beberapa hadis yang yang menyatakan Kelebihan Wanita Solehah. Mudah mudahan dengan membaca dan menghayati Hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Moga Allah memberi keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Maksudnya: Empat perkara siapa dikurniakannya maka sesungguhnya dikurniakan kebaikan dunia akhirat, lidah yang sentiasa berzikir, hati yang sentiasa bersyukur, sabar atas segala ujian yang diberikan Allah dan isteri yang tidak mengkianati suaminya sama ada pada maruah diri dan harta.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi.

Mutiara Kata:
“Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan iaitu buku yang bermanfaat, anak yang soleh, isteri yang disayangi dan teman bergaul yang Soleh. Allah memiliki ganti untuk semua itu”.
Wallahu’alam…